Home WPKL @ HQ SC's Blog

Events Calendar

Last month September 2010 Next month
S M T W T F S
week 35 1 2 3 4
week 36 5 6 7 8 9 10 11
week 37 12 13 14 15 16 17 18
week 38 19 20 21 22 23 24 25
week 39 26 27 28 29 30
State Commisioner's Blog
The Six Pillars of Character PDF Print E-mail
Written by Administrator   
AddThis Social Bookmark Button

The Six Pillars of Character that every Scout should have.

1. HOW TO BE TRUSTWORTHY

BE HONEST. . .
Don't lie, cheat, or steal.

BE RELIABLE. . .
Keep your promises and follow through on your commitments.

HAVE THE COURAGE. . .
to do what is right, even when it seems difficult.

BE A GOOD FRIEND. . .
and don't betray a trust.

 

2. HOW TO BE RESPECTFUL

Treat other people the way you want to be treated.

Be courteous and polite.

Listen to what other people have to say.

Don't insult people, or make fun of them, or call them names.

Don't bully or pick on others.

Don't judge people before you get to know them.

 

3. HOW TO BE A RESPONSIBLE PERSON

Be reliable and dependable; when you agree to do something, do it.

Take care of your own business. Don't make others do what you are supposed to do.

Take responsibility for your actions; don't make excuses or blame others.

Use your head; think before you act; imagine the consequences.

 

4. HOW TO BE A FAIR PERSON

Treat people the way you want to be treated.

Take Turns.

Tell the truth.

Play by the rules.

Think about how your actions will affect others.

Listen to people with an open mind.

Don't blame others for your mistakes.

Don't take advantage of other people.

Don't play favorites.

 

5. HOW TO BE A CARING PERSON

Treat people with kindness and generosity.

Help people in need.

Be sensitive to people's feelings.

Never be mean or hurtful.

Think about how your actions will affect others.

Always remember - we become caring people by doing caring things!

 

6.HOW TO BE A GOOD CITIZEN

Do your share to make your school, your community, and the world a better place. .

Take responsibility for what goes on around you.

Participate in community service.

Help take care of the environment.

Be a good neighbor.

Treat other people with respect and dignity.

Follow the rules of your family, your school, and your society.

 

Last Updated on Friday, 23 July 2010 01:45
 
Ikthiar Hidup Dalam Hutam PDF Print E-mail
Written by Administrator   
AddThis Social Bookmark Button

 

PRINSIP ASAS IKTIAR HIDUP DALAM HUTAN

 

 

 

 


 
Adakalanya, seseorang pengakap atau sekumpulan pengakap menghadapi dirinya atau kumpulannya didalam suatu situasi semasa megembara didalam hutan dimana makanan yang dibawa telah kehabisan atau kurang. Adalah sangat penting didalam keadaan sebegini apakah makanan yang terdapat didalam hutan yang boleh di makan.  
 
Situasi yang lebih teruk boleh berlaku dimana seseorang Pengakap atau Kumpulan Pengakap itu sesat latihan semasa membuat latihan mejelajah atau exipedisi dalam hutan. 
 
Dalam keadaan sebegini, seseorang Pengakap yang terlatih harus tahu bagaimana hendak hidup diatas bumi hutan kita dan bagimana hendak bergerak dengan tepat didalam hutan berkenaan. Dia kemungkinan perlu melakukan ini dalam satu jangka masa yang lama dan perlu menunjukan disiplin diri dan inisiatif yang paling tinggi jika dia mahu terus hidup dan keluar dengan selamat dari hutan tersebut. 
 
Apabila kita sesat dalam hutan, factor yang paling penting ialah melawan untuk terus hidup dan kemahuan untuk beriktiar. Tidak ramai dari kita yang tahu apakah kemampuan kita sebenarnya sebab jarang sekali diri kita di letakkan dalam suatu keadaan yang melampaui had maxima kemampuan pisikal dan mental kita. Keperluan pertama untuk ikhtiar hidup adalah dari kemampuan mental. Daya pengerak dalam ikhtiar hidup adalah ketahanan mental ia itu kemahuan untuk terus hidup. 
 
Persiapan mental adalah juga penting. Kita selalu ingat sesuatu malapetaka itu tidak mungkin akan terjadi pada diri kita – kita kata ianya hanya akan terjadi pada orang lain. Cuba Tanya orang yang mendapat kemalangan kereta – adakah pernah mereka terfikir yang ianya akan terjadi pada mereka? Kebanyakkan akan kata ianya akan berlaku pada orang lain dan tidak terfikir yang ianya akan berlaku kepadanya. Kita perlu sedar, keperluan untuk berikhtiar hidup didalam hutan semasa membuat latihan atau semasa pengembaraan mungkin akan berlaku pada diri kita. Oleh itu kita hendaklah SENTIASA BERSEDIA untuk menghadapinya. Anda boleh bersedia untuknya dengan menyedari tentang masaalah mental yang perlu diatasi, dengan memahami undang asas untuk berikhtiar hidup, dan setiasa membawa kit ikhtiar hidup semasa membuat latihan di pedalaman hutan, atau semasa menaiki pesawat terbang atau kapal di laut. 
 


KETAKUTAN 
 
Antara kebanyakkan kepayahan-kepayahan yang anda akan hadapi, perasaan takut adalah halangan yang paling tinggi. Ketakutan kita akan berkurangan apabila keadaan yang mencemaskan itu telah menjadi normal. Ada berbagai cara yang boleh kita lakukan untuk mengatasi perasaan takut ini. Ketakutan yang paling penting adalah seperti berikut: 
 
 
a. Takut terhadap perkara-perkara yang tidak di ketahui, 
b. Takut disebabkan ketidak selesaan, 
c. Takut disebabkan kelemahan diri sendiri. 
 
Ketakutan terhadap perkara-perkara yang tidak di ketahui boleh diatasi dengan mudah anda ikuti latihan ikhtiar hidup dengan sepenuhnya dan membiasakan diri didalam hutan. 
 
Ketakutan yang disebabkan oleh tidak selesa juga boleh diatasi dengan cara yang sama. Mempelajari cara-cara membuat perlindungan dan pondok rehat dari bahan-bahan asli akan memastikan anda dapat tidur malam dengan selesa. 
 
Ketakutan disebabkan kelemahan diri sendiri berpunca dari kurangnya keyakinan terhadap pengetahuan kita dan ianya lebih sukar diatasi dari kedua-dua jenis ketakutan diatas. Sebagai seorang Pengakap kita harus mengambil kesempatan untuk mempelajari apa sahaja yang boleh tentang alam sekitar kita terutamanya tentang hutan kita. Kita juga akan mempunyai keyakinan yang tak ternilai tentang diri kita jika kita cergas secara pisikal setiap masa. Adalah objektif kedua Pengakap untuk sentiasa berkaadan cergas dari segi kesihatan dan pisikal setiap masa. Kita juga mesti sentiasa memberitahu diri kita bahawa “ apa orang lain telah lakukan – saya juga boleh” 
 
Semasa saya dalam tentera, saya sentiasa menasihati anggota-anggota saya tentang “KEBERANIAN”. Pada saya “keberanian itu adalah kemampuan melawani ketakutan. Tetapi orang yang tidak takut adalah orang bodoh dan tidak berakal”. Jika kita tidak takut dan berani membabi buta atas semua perkara, pasti kita akan membuat kesilapan. Perasaan ketakutan itu baik sebab ianya memberi ruang untuk kita fikir untuk mengatasinya dengan baik dan selamat. 
 


UNDANG – UNDANG ASAS IKHTIAR HIDUP 
 
Berikut adalah undang-undang asas yang harus di ikuti jika anda hendak memberi peluang kepada diri anda untuk berikhtiar hidup: 
 
a. Simpan Tenaga anda. Semasa bergerak rehat sepuluh minit setiap sejam perjalanan. Jangan membuat perkara yang memenatkan kecuali anda terpaksa melakukannya. 
b. Elakkan keletihan. Orang kata, Rom tidak di bina dalam sehari. Jangan cuba berjalan sepanjang malam dan siang. Jangan memikul barang yang berat jika boleh dielakkan. 
c. Dapatkan tidur yang cukup. Walaupun jika anda tidak boleh tidur pada mulanya, cuba baring dan rehat, tenangkan diri dan lapangkan fikiran. 
d. Elakkan dari merasa risau. Adalah biasa untuk risau; tetapi ianya tidak mendatangkan apa-apa kebaikan langsong. Kerisauan hanya menolong merendahkan semagatkita sahaja. Fikirkan apakah masaalah anda, cari jalan yang terbaik yang anda mampu lakukan, fikirkan langkah keselamatan yang terbaik dari segala bahaya yang mungkin dihadapi dan hentikan kerisauan. Tumpukan tenaga anda kepada perkara-perkara lain. 
e. Berhenti awal disiang hari untuk membuat khemah anda. Anda memerlukan masa untuk memilih tapak perkhemahan yang selamat. Ianya juga mengambil masa yang lama untuk memburu atau mencari makanan, maka berilah masa ini untuk anda. 
 


KIT IKHTIAR HIDUP (SURVIVAL KIT) 
 
Masa saya didalam tentera dulu, setiap kali saya masuk hutan atau menaiki pesawat terbang, saya sentiasa satu kotak atau bukusan kecil yang saya namakan Kit Ikhtiar hidup. Oleh yang demikian saya mencadangkan supaya setiap Pengakap harus membawa Kit Ikhtiar Hidup ini setiap kali membuat latihan di hutan. Kit ini sangat mudah hendak di buat dan benda-benda yang diperlukan adalah muruh untuk di perolehi. Sesuatu Kit Ikhtiar Hidup hendak lah kecil dan ringgan. Kit ini bukan untuk kegunaan harian tetapi untuk kegunaan kecemasan sahaja. Kit ini harus di ikat terus kepada tali pinggang dan di pakai setiap masa semasa dalam latihan hutan. Bawa dia dimana sahaja anda pergi walau pun anda hendak pergi mandi disungai. 
 
Kit Ikhtiar Hidup ini mengandongi tiga bahagian asas: Bahagian ubatan, bahagian makanan dan bahagian kegunaan am. Saya mencadangkan pengisian setiap Kit Ikhtiar hidup hendaklah mengandungi barang-barang berikut: 
 
a. Ubat-Ubatan 
 
(i). 1 X Peket Tablet Piriton (Ubat gatal dan kesakitan dari gigitan serangga) 
 
(ii). 1 X peket Tablet Anti Malaria (untuk di makan sebiji seminggu sekali ) 
 
(iii). 1 X Peket Codeine (1-2 biji di makan untuk sakit/pening kepala) 
 
(iv). 1 X Peket Ubat Cirit birit 
 
(v). 1 X Tiub krem luka 
 
(vi). Flavin 
 
(vii). 1 X Gulung pembalut luka. 
 
( Masukan ubat-ubatan ini didalam satu beg plastic yang berasingan) 
 
 
b. Makanan. 
 
(i). 1 X Peket Holicks talets 
 
(ii) 1 X Peket Gula Gula Glucose. 
 
(iii). Beberapa peket perencah sup atau kuib sup ayam atau daging. 
 
 
c. Barangan Kegunaan Am. 
 
(i). 5 meter tali 
 
(ii). 5 ela Tali pancing 
 
(iii). 3 mata kail saiz yang berbeza (di masukan dalam kota mancis yang berisi mancis) 
 
(iv). 1 X pemetik api. 
 
(v). 1 X Batang lilin kecil 
 
(vi). 1 X Kit penapisan air 
 
(vii) 1 X Cermin Kecil 
 
(viii). 1 X pisau kecil yang tajam besarung. 
 
(ix). 1 X compass kecil 
 
(x). 1 X gergaji dawai 
 
(xi) 1 X mata Gergaji Besi yang pendek 
 
(xii). Beberapa beg plastic sederhana tebal yang boleh simpan air/ buat pelampong/ balut luka/ buat bumbung kecil masa hujan jika hendak menyalakan api. 
 
 
PERHUBUNGAN DENGAN ORANG ASLI 
 
Apabila bertembung denga orang asli, kita haru berhati-hati. Sekiranya anda boleh berh ubung dengan mereka, maka peluang untuk anda terus hidup adalah cerah. Mereka boleh membantu anda dengan makanan, tempat berteduh, ubatan tempatan, petunjuk jalan dan keselamatan. Walaubagaimanapun, anda mesti faham bahawa adapt mereka berbeza dari adat anda. Bagi Orang Asli yang hidup di pendalaman hutan, mereka mempunyai pengetahuan yang sedikit tentang kehidupan di luar hutan. Pantang larang memainkan peranan yang penting dalam kehidupan mereka. 
 
Berikut adalah perkara-perkara Yang Harus Di Buat dan Yang Tidak Harus dibuat dalam keadaan yan biasa apabila berhubung dengan orang asli. Terdapat 70,000 Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan pantang larang mereka adalah seperti berikut: 
 
a. Yang Harus Di Buat 
 
(i). Sentiasa membalas hadiah yang di beri. 
 
(ii). Sentiasa becakap dengan cara bersahabat yang baik. 
 
(iii). Sentiasa berhubung dengan Orang Asli melalui Ketua nya (Penghulu/Tok Batin) 
 
(iv). Sentiasa beri upah sebaik saja kerja telah selesai di buat. 
 
(v). Sentiasa minta izin jika hendak mengunakan sampan,rakit, pondok atau apa-apa barang kepunyaan Orang Asli. 
 
 
b. Yang Tidak Harus Di Buat 
 
(i) Jangan ketawa atau memperolok – olokkan adat atau tabiat mereka walaupun ianya Nampak macam ganjil. 
 
(ii) Jangan mengambil buah-buahan, atau apa-apa tanaman mereka tanpa izin. 
 
(iii) Jangan tenong kepada kaum perempuan mereka atau pergi berdekatan tempat mereka mandi. 
 
(iv) Jangan masuk dalam rumah mereka tanpa izin mereka terlebih dahulu. 
 
(v) Jangan menolak makanan yang di beri oleh orang Asli melainkan Agama anda tidak benarkannya. 
 
(vi) Jangan munkir janji kerana Orang Asli mempunyai ingatan yang kuat dan perjanjian adalah penting. 
 
(vii) Jangan menjerit atau hilang kesabaran dengan Orang Asli. Anda tidak akan dapat bantuan dari mereka. Kesemua Orang Asli itu akan meninggalkan anda dan menghilangkan diri. 
 
(viii) Jangan sesekali sebut Orang Asli sebagai “Sakai”. 
 
(ix) Jangan tanya nama seorang Orang Asli terus kepadanya. Sentiasa melalui pihak ketiga. 
 
(x) Jangan mengubati Orang Asli yang sakit sebelum menanya dia tentang Pantang nya. Jika dia ada patang, minta izin dari Tok Batin/Penghulunya terlebih dahulu. 
 
(xi) Jangan mengunakan cermin muka ditepi sungai. 
 
(xii) Jangan Buang air atau kencing di tiang rumah. 
 
(xiii) Jangan sentuh orang asli di kepala mereka. 
 
(xiv) Jangan sebut-sebut harimau dan gajah semasa berjalan dalam hutan dengan Orang Asli. 
 
(xv) Jangan ketawakan rama-rama, cakcibau dan beberapa jenis serangga dan burung kerana orang asli percaya ianya akan akibat berlakunya ribu taufan yang buruk. 
 
Banyak lagi pantang larang dari suku kaum ke suku kaum. Anda hendak lah sentiasa berwaspada dan cari apakah yang boleh dan tidak boleh di lakukan bersama mereka. 
 


TENTANG MAKANAN 
 
Berikhtiar hidup biasanya melibatkan perjalan yang jauh tanpa mempunyai makan yang mencukupi. Biasanya dilam hutan Malaysia terdapat makanan dengan banyak sekali tetapi adalah penting dalam memilihnya. Jika anda hendak berikhtiar hidup, anda harus tidak boleh mengikut selera makan biasa tetapi harus terima sahaja makan dari segalajenis, rupa dan keadaan. 
 
Kebanyakan makanan di dalam hutan agak ganjil dan harus dimakan dengan cara sedikit-sedikit buat beberapa hari yang pertama kerana ketidaksesuaiannya pada perut kita yang mungkin akan mengakibatkan cirit-berit dan muntah-muntah. 
 


Makanan dari Haiwan 
 
Semua makanan dari haiwan seperti burung-bururng dan telur nya, katak, ular, cicak, tikus, anak serangga, belalang, cengkerik, anai-anai dan juga kucing adalah hawain-haiwan yang boleh dimakan. Begitu juga beberapa jenia ikan dan siput air tawar dan masin termasuk ketam, udang galah, udang dan lain yang hidup dia air dan pantai boleh di makan. 
 
Makanan dari Tumbuh-Tumbuhan 
 
Di Hutan Malaysia, setiap 50 ela sekeliling terdapat makanan, ubatan dan racun dari tumbuh-tumbuhan yang hidup liar. Oleh yang demikian kita harus tahu mengenal tumbuh-tumbuhan ini dan sentiasa berhati-hati apabila memakan nya. Satu pentunjuk yang jelas adalah, jika moyet/kera/beruk boleh makan pasti manusia boleh memakannya, tetapi apa yang burung boleh makan tidak semesti manusia boleh makan. Walau bagimana pon untuk membuat permerhatian in agak susah kerana selalunya binatang di hutan akan lari dari bau manusia. Antara makanan dari tumbuhan adalah dari jenis ubi, bawang, daun, bunga, buah dan juga umbut. 
 
Untuk hidup, seorang Pengakap harus tahu apakah tubuhan termasuk buahnya yang boleh di makan dan bagaimana untuk mencarinya. Anda juga perlu tahu bahawa benda yang boleh dimakan tidak semestinya sedap dan mudah di makan. 
 
Ujian untuk memastikan samaada sesuatu tumbuhan itu boleh dimakan atau tidak. 
 
Saya ingin menerangkan satu ujian yang mudah tanpa mengetahu nama atau mengenali jenis tumbuhan samaada ianya boleh di makan atau tidak. Ujian-ujian ini mugkin di rasakan tidak perlu dilakukan atau Nampak macam lucu. Tetapi sesiapa yang tidak mengikut salah satu dari peringkat yang ditetapikan, akan menerima risikonya dan mungkin akan menghadapi masaalah yang besar kemudian. 
 
Saya nasihatkan anda menghafal peringkat-peringkat ujian ini, dan cubalah mengikut peringkat-peringkat yang akan saya terangkan dibawah ini. Ujian ini adalah ujian biasa untuk tumbuh-tumbuhan. Lakukan ujian berasingan bagi daunnya, ujian berasingan bagi ubi/akarnya, ujian untuk buahnya dan seterusnya. 
 


Ujian Pertama – Cium 
 
Ambil beberapa helai daun tumbuhan berkenaan, sentuh akannya dengan berhati-hati, dan pecah/hancurkannya dengan dua jari. Jika terdapat bau seperti buah badam atau buah peach (dalam bahas Ingeris dipanggil “peachy-almond smell”), ia mennujukkan dengan jelas daun tersebut mengandungi asid prussic yang sangat beracun. Untuk keselamatan adalah lebih baik membuangkannya sahaja kerana masih banyak tu 
Mbuhan-tumbuhan yang lain masih ada. 
 


Ujian Kedua – Kesan gatal/terbakar pada kulit 
 
Sekiranya ujian pertama diatas Berjaya, mulalah dengan ujian kedua. Cara menjalankan ujian kedua ini adalah dengan menyapu perlahan-lahan atau gentilkan sedikit air/getah/lendir dari bahan yang hendak di uji di bahagian bawah diantara ketiak dan sikuai. Bagi tumbuhan yang mempunyi sedikit air/kelembaban, hancurkan dan lumatkannya dengan atau tanpa air sehingga ianya memjadi seperti lendir dan berair. Tunggu selama 3-5 minit. Sekiranya terdapat sebarang kemerahan atau alahan atau gatal atau rasa terbakar kepada kulit, adalah wajar tumbuhan itu di elakkan untuk sementara waktu tetapi hendaklah membuat catitan secara mental atau bertulis supaya tumbuhan tersebut boleh di uji semula pada masa akan datang jika perlu atau masa mengizinkan. 
 


Ujian Ketiga – Kesan pada bibir, mulut dan lidah. 
 
Jika tidak terdapat apa-apa keradangan/ gatal atau kemerahan pada kulit semasa ujian kedua diatas, teruskan ujian ketiga. Sekiranya belaku sebarang keradangan di rasai, hentikan terus ujian ini: 
 
a. Letakkan sedikit bahan yang di uji tadi secara berhati-hati pada bibir. Tunggu 30-60 saat untuk melihat samaada belaku sebarang radangan kulit bibir. 
 
b. Letakkan sedikit bahan yang di uji secara berhati-hati di antara gusi dan bibir/pipi. Jangan kena pada lidah. Tunggu lagi 30-60 saat lagi. 
 
c. Letakkan sedikit bahan ujian tadi secara berhati-hati di hujung lidah. Tunggu lagi 30-60 saat lagi. Sekiranya tidak terdapat sebarang keradangan, dengan berhati-hati kulum bahan tadi dan mula kunyah perlahan-lahan tanpa menelannya. 
 
d. Semasa menguyah, tunggu terhadap keasan-kesan berikut: 
 
(1). Rasa pahit (menujukkan keracunan jenis alkaline) 
 
(2). Rasa keradangan atau bengkak /pedih lidah atau tekak. 
 
(3). Apa-apa tindakan yang tidak selesa yang lain 
 
Anda perlu menilai dengan teliti dalam menentukan perbezaan diantara keradangan dan asid biasa atau rasa kelat. Contohnya getah buah mangga dan buah gajus mempunyai bahan asid yang kuat dan boleh membakarkan kulit tetapi masih boleh di makan. Melalui pengalaman sahaja membolehkan anda dapat membuat keputusan yang baik. 
 
 
Ujian Keempat – Menelan. 
 
Jika tidak terdapat apa-apa kesan radang atau reaksi yang tidak menyenangkan, ujian seterusnya ialah untuk makan jumlah yang sikit, kemudian tunggu untuk apa-apa reaksi. 
 
Bahagian tubuhan yang hendak di uji seharusnya di rebus dahulu jika anda mempunyai peralatannya. Jika tiada peralatan, anda boleh guna batang buluh untuk rebus. Rebuslah tubuhan tersebut dengan air yang banyak, sehingga ia betul-betul masak. Simpan air rebusan untuk ujian yang berasingan. Dengan cara merebus akan menawarkan segala keracunan yang bahaya. Merebus juga boleh membuat sesuatu tumbuhan boleh dimakan jika ianya tidak boleh di makan secara mentah seperti ubi kayu atau umbut kelapa atau nibong. 
 
Apabilah mana-mana bahagian tumbuhan telah di uji, rebus dan dibuktikan boleh di makan, uji semula cara mentah. Pastinya hasil ujian sebegini akan mendatangkan faedah. 
 
Makan tumbuhan yang telah di rebus itu sesuap sahaja dan jika terpaksa makan mentah makan jumlah yang lebih sedikit sahaja. 
 
Setelah makan sesuap tunggu selama empat jam dan perhatikan kepada kesan-kesan berikut: 
 
a. Kesan melecur di mulut, lidah dan tekak. 
 
b. Bersendawa secara berterusan 
 
c. Pening dan muntah-muntah 
 
d. Sakit perut dan kesan sakit-sakit badan. 
 
e. Selepas beberapa jam, samaada terasa sakit memulas di bahagian bawah perut. 
 
Semasa menuggu empat jam, adalah tidak wajar untuk makan atau minum benda-benda lain. Jika terdapat kesan-kesan sakit diatas, minum lah air suam atau panas seberapa banyak yang boleh. Dan cuba muntahkan dengan paksa. 
 


Ujian Kelima – Makan untuk kenyang 
 
Sekiranya tidak terdapat apa-apa reaksi dari ujian keempat, ulangi ujian tersebut dengan menambahkan kuantitinya setiap jangka masa , empat jam sebanyak lima atau enam kali. Jika bahan tumbuhan ini telah lulus ujian ini anda boleh lah memakan tumbuhan ini dengan kuantiti yang lebih. 
 
 
Kesilapan dalam menguji 
 
Sekiranya anda sakit perut disebabkan kesilapan menguji, cara yang paling mudah untuk melegakan diri adalah dengan cara meminum air suam atau panas dengan banyak dan tahan makan untuk beberapa jam. 
 
Amaran 
 
Perkara-perkara berikut hendaklah di ambil perhatian: 
 
a. Jangan sekali-kali memendekkan ujian diatas. Ini adalah merbahaya. 
 
b. Jangan anggap jika burung atau beberapa jenis haiwan boleh makan tumbuhan itu manusia pon boleh. 
 
c. Belajar peraturan ujian makanan. 
 
d. Jika was-was, jangan makan. 
 
e. Ingat, apa monyet makan, anda boleh makan. 
 
Sepertimana yang saya perkatakan dari mula tadi, ilmu ikhtiar hidup ini amat luas hanya. Tidak boleh diperlajari dari membaca sahaja. Ianya memerlukan latihan amali. Insyallah, satu hari nanti saya akan merancangkan satu kursus ikhtiar hidup (sama ada di hutan, di paya bakau dan juga di laut). 
 
Tajuk-tajuk yang menarik yang boleh kita pelajari adalah antaranya seperti berikut: 
 
a. Makanan dari tumbuhan, ikan, siput, ketam, serangga dan binatang 
b. Cara penyediaan dan memasak 
c. Cara buat api 
d. Mencari dan menapis air 
e. Keselamatan air 
f. Masalah kesihatan dan pertolongan perubatan di hutan 
g. Pandu arah dalam hutan 
h. Membuat danu dan pondok 
i. Membuat jerat dan perangkap binatang 
j. Membuat tali dan ikatan 
k. Memancing dan menagkap ikan dan makanan di air 
l. Isyarat bumi ke udara 
 
Saya harap walaupun Pengakap kita adalah dari budak-budak Bandar tetapi mahir dalam ilmu perhutanan. Kalau kita rajin berlajar pasti jika masalah ini timpa pada dirikita, kita pasti tidak berasa risau dan boleh terus hidup.

 

 

Oleh Maj Mior Rosli 

PN PPMWPKL

 

 

 
Sistem Berpatrol Dalam Pengakap PDF Print E-mail
Written by Administrator   
AddThis Social Bookmark Button

SISTEM BERPATROL DALAM PENGAKAP


 

PENDAHULUAN 
 
 
Prinsip-prinsip Sistem Berpatrol ini petama kali diperkenalkan oleh BP semasa beliau berkhidmat denganTentera Darat British di India. Sistem yang BP bentuk ini membolehkan soldadu-soldadu beoperasi dalam kumpulan kecil dan mengunakan initiative mereka dalam melaksanakan rancangan keseluruhan kempen Tentera British di India. Untuk memajukan idea ini didalam Tentera Darat, BP menulis satu buku kecil “Aids to Scouting”. Ianya sungguh menarik dan sangat praktikal dimana ramai dari kalangan ahli-ahli dari profession peguruan menguna pakai prinsip-prinsip ini untuk mengajar.  
 
Semasa BP mengarang buku “Scouting For Boys”, BP tidak mengunakan perkataan “Patrol” tetapi beliau guna perkataan “Gang” atau dalam bahasa melayu kita kata “geng” atau “kumpulan”. Itu zaman dulu. Kalau zaman sekarang, jika orang sebut perkataan “geng” ianya mungkin bermaksud satu kumpulan orang jahat seperti perompak atau penyamun ataupun perkataan “genster” yang biasa kita dengar. Oleh kerana itu BP telah menukar perkataan “geng” kepada “Patrol”. Patrol ini adalah satu kumpulan yang baik. 
 
Sistem berpatrol adalah satu kaedah yang penting yang membezakan latihan berpengakap daripada badan-badan beruniform atau pertubuhan belia yang lain yang terdapat di sekolah-sekolah. Sistem berpatrol ini hendak lah di jalankan dengan kaedah yang betul, baharulah ahli dan sesuatu kumpulan Pengakap itu akan mendapat kejayaan sepenuhnya. 
 
Sesebuah Patrol yang effektif adalah dengan membahagikan ahli-ahli Pengakap itu kepada beberapa kumpulan Patrol yang mengandungi enam hingga lapan orang. Tiap-tiap Patrol ini akan di latih secara berasingan dan di ketuai oleh seorang ahli yang di pilih atau dilantik oleh ahli-ahli Patrol itu Patrol sendiri. Biasanya Ketua patrol ini biasanya adalah ahli yang tertua atau yang paling terlatih dan bertanggongjawab dari kalangan ahli-ahli. 
 
Patrol adalah satu kumpulan Pengakap yang sentiasa digunakan samaada untuk berkerja atau bermain dan juga untuk berkawal atau berjaga. Satu cara yang paling baik semasa melatih perangai ataupun watak seseorang ahli Pengakap didalam Patrol ialah digan memberi tanggongjawab kepada setiap ahli. Maka adalah penting untuk melantik seorang Ketua Patrol untuk memerintah Patrol berkenaan. Setelah di lantik, maka Ketua Patrol perlu memikirkan cara-cara untuk membina sifat-sifat yang baik dan berguna kepada setiap ahli dalam patrolnya. Ianya mungkin nampak susah tetapi jika diamalkan dengan teratur pasti akan berhasil. Seorang abang atau kakak yang bertanggongjawab di dalam keluarga pasti akan tahu cara mendidik adik-adiknya. Begitulah juga semangat yang perlu dilakukan didalam Patrol. 
 
Semasa didalam kumpulan (Troop), Patrol-Patrol ini juga boleh mengadakan pertandingan diantara Patrol-Patrol. Dengan cara ini pemimpin pengakap boleh menghasilkan satu semangat berpatrol yang boleh dibanggakan kerana semangat sebegini akan mengalakkan ahli-ahli pengakap membina satu taraf kecekapan yang lebih tinggi diantara mereka. Tiap-tiap ahli didalam patrol itu akan sedar bahawa setiap individu adalah bertanggongjawab dan kemuliaan Patrol nya adalah bergangtong kepada kebolehannya untuk menunaikan kewajipannya. Walaupun semangat bertanding digalakkan, tetapi tidaklah sampai menjadi musuh diantara Patrol. Setiap Patrol juga bertanggong jawap untuk membantu rakan-rakan yang lemah di dalam Patrol-Patrol yang lain. Dalam ertikata yang lain setiap Pengakap adalah bersaudara dan semangat setia kawan tidak harus di abaikan. 
 
AMALAN SISTEM BERPATROL DAN KETUA PATROLNYA 
 
Kalau kamu hendak menjadi seorang kepten bola sepak yang Berjaya, maka kamu hendaklah tahu akan undang-undang bola sepak itu. Demikianlah juga jika kamu hendak menjadi seorang Ketua Patrol yang cekap dan berjaya, maka kamu hendaklah faham akan Sistem Berpatrol itu. 
 
Ramai diantara kamu akan berpura-pura menjadi Kepten pasukan bola sepak atau Ketua Patrol. Tetapi jika ini yang kamu lakukan, bukan sahaja kamu yang akan mendapat kerugian, bahkan orang-orang lain yang mengharapkan kepimpinan kamu juga akan juga mendapat kerugiannya. 
 
Sebagai seorang Ketua Patrol, perkara yang paling penting ialah kamu mesti memikirkan hal-hal ahli-ahli Pengakap di bawah jagaan kamu setiap masa. Setiap perbuatan seorang Ketua Patrol itu akan sentiasa diperhatikan dan akan di turuti oleh ahli-ahli dibawahnya. Oleh yang demikian, seorang Ketua Patrol hendaklah menjaga baik segala gerak geri dan kelakuannya supaya ianya menjadi teladan yang baik bagi mereka. Sikap “Tidak Apa” atau membuat sesuatu dengan sambil lewa akan sesuatu tugas adalah sikap yang patut di tolak dalam pergerakan Pengakap. 
 
Ramai daripada kamu suka tidak mengambil indah atas perkara atau tabiat yang kecil-kecil. Perkara atau tabiat yang kecil-kecil inilah yang selalu berlaku dan akan menukar corak hidup seseorang itu. Oleh yang demikian, kamu harus mengambil berat tentang perkara yang kecil-kecil walau pun sebesar hama sekalipun sebab yang kecil-kecil ini akan datang untuk menguji kamu. Perkara kecil-kecil ini kadangkala akan membuat kamu tidak sabar, tetapi kamu mesti menunjukan kekuatan kamu 
Untuk mengatasinya. 
 
Sistem Berpatrol ini adalah satu amalan yang mempunyai beberapa perkara kecil. Inilah sebabnya ianya sangat sukar atau payah dan tidak mudah untuk difahami. Oleh yang dimikian saya harap risalah pendek ini akan dapat membantu kamu memahami apakah Sistem Berpatrol itu dan apakah amalannya. 
 
Ada juga baiknya Sistem Berpatrol ini payah untuk di laksanakan oleh Ketua Patrol kerana jika ianya mudah, maka sudah tentu ianya tidak ada maana dan tidak ada nilai baginya. Sistem Berpatrol ini memerlukan dua sifat dari kamu, iaitu pertama kamu hendaklah sentiasa mengunakan akal dan kedua kamu hendaklah sentiasa berikhtiar. Saya harap setiap setiap dari kamu mempunyai akal yang cerdas kerana tanpa akal yang cerdas kamu tidak akan mampu berikhtiar dan jika kamu tidak mampu berikhtiar maka menjadi hampaslah kamu semua. Pesuruhjaya-pesuruhjaya dan pemimpin-pemimpin Pengakap hanya boleh memberi nasihat dan penerangan untuk mengalakkan kamu berusaha sahaja. Hanya kamu sahaja yang boleh melaksanakan Sistem Berpatrol ini kerana segala pentadbiran Patrol bergantung kepada Ketua Patrol kamu. 
 
SEJARAH SISTEM BERPATROL 
 
Semasa Pergerakan Pengakap mula ditubuhkan, ia itu lebih dari seratus tahun yang lepas, Sistem Berpatrol ini dianggap sebagai satu perkara yang luar biasa ramai orang tertentu telah membidas BP dan menyatakan bahawa Sistem itu sangat merbahaya dan tidak harus di laksanakan. Walaubagimanapun, semakin lama, Sistem ini semakin di sambut orang dan di gunakan didalam beberapa pergerakan budak-budak samaada di sekolah dan juga di luar sekolah. Akhirnya Sistem ini juga di gunakan dalam perkhidmatan Tentera dan Pentadbiran negeri. 
 
Untuk mengetahui sejarah mengenai Sistem Berpatrol ini, eloklah saya terangkan serba ringkas mengenai Sistem ini sejak awal Pergerakan Pengakap ini di tubuhkan.  
 
Sebelum Pergerakan Pengakap ini di tubuhkan dengan rasmi, budak-budak di England ketika itu suka membeli bahagian-bahagian buku “Scouting For Boys” yang dijual secara risalah yang di namakan sebagai “Campfire Yarns”. Budak-budak tersebut kemudian bergerak dalam kumpulan dan melantik salah seorang dari mereka untuk menjadi ketua. Terdapat juga ketua-ketua ini mengumpul budak-budak lain untuk dijadikan Patrol. Dengan berpandukan buku “Scouting For Boys”, mereka mula berlatih. Lama kelamaan ahli-ahli Patrol ini menjadi bertambah ramai, dan mereka pun berpecah menjadi Patrol-Patrol yang kecil. Patrol-Patrol kecil ini kemudiannya bergabung untuk menjadi satu Troop. Beberapa masaalah timbul apabila ramai diantara budak-budak didalam Troop tersebut tidak faham apayang harus mereka lakukan. Oleh kerana itu merekapun mencari orang-orang dewasa untuk membantu mereka menjadi Pemimpin Pengakap Troop mereka. 
 
Lebih kurang dalam tahun 1908, sekumpulan budak-budak telah menyimpan duit saku mereka dan dengan wang ini mereka membeli tiga buah buku “Scouting for Boys”. Mereka kemudiannya berhimpun didalam sebuah pondok sebuah tempat didalam kilang mengisi gandum dan disana mereka cuba membuat benda-benda yang di suruh oleh BP yang terdapat di dalam buku tersebut. Mereka berasa sangat gembira dengan kebolehan mereaka itu dan kadang-kadang ada juga benda-benda yang mereka tidak tahu atau tidak boleh membuatnya, tetapi mereka terus juga cuba membuatnya sehingga mereka Berjaya membuatnya. 
 
Pada suatu hari mereka membaca tajuk berkenaan sistem perkhemahan dan mereka mencuba membuat apa yang telah dicadangkan didalam buku itu. Mereka cekalkan hati dan bersemangat tidak mahu kalah walaupun tidak ada seorang dari mereka yang telah pernah pergi berkhemah. Mereka tidak tidak tahu apa yang pertama sekali harus dibuat. Walau pun demikian, semangat hendak belajar itu ada penuh dalam jiwa mereka. Mereka bersedia berikhtiar dan sanggup mencuba – bukan sekali, bahkan beberapakali sehingga Berjaya. Mereka sentiasa berbincangdiantara mereka tentang apakah barang yang perlu disediakan dan cara mana hendak mendapatkan barang-barang tersebut. Tiap seorang dari mereka di beri tugas. Ada yang di suruh pergi mencari makanan, ada yang mencari alatan perkhemahan, ada yang mencari alatan dapur dan tiap-tiap seorang bertanggongjawap terhadap tempat tidur dia sendiri. Apabila semuanya telah siap, maka merekapun berhimpun pada suatu hari sabtu dalam bulan Jun untuk berjalan pergi ke tempat perkhemahan tersebut. Walaupun alatan perkhemahan mereka tidak mencukupi, mereka merasa sangat megah kerana mereka dapat mengumpul makanan yang banyak untuk perkhemahan tersebut. Makanan yang mereka kumpul boleh menampong selama satu bulan lamanya. 
 
Selepas itu mereka pun memuatkan barang-barang itu kedalam sebuah kereta tarek dan mengankat sendiri barang-barang yang tak boleh muat. Mereka tidak tahu di mana hendak di tuju sebab masa itu tidak ada banyak peta dan jika adapun mereka tidak tahu membayanya. Walaubagaimana pun, mereka teruskanjuga perjalanan dengan merempohi kampong dan bukit bukau. Mereka hanya berhenti berjalan apabila hari sudah mula petang. Tempat yang mereka berhenti itu adalah di antara sebuah jalan kecil dan sebatang anak sungai. Mereka jadikan anak sungai itu tempat mandi, tempat membasuh kain dan juga airnya dibuat untuk minum. Cara macam ini memang kurang sihat tetapi nasib mereka baik kerana tidak ada apa-apa yang terjadi pada mereka. Sebaik sahaja mereka sampai disitu, mereka pun mula menyalakan api. Mereka tidak tahu cara menyalakannya dengan betul. Jadi mereka telah mengunakan beberapa batang mancis dan apinya pun menjulang tinggi. Kemudia mereka mulalah memasak. Entah apa rencah makanan yang mereka gunakan tetapi makanan itu berasa enak juga. Bertapa tidak – Masakan mereka sendiri. Setelah makan, mereka pun mula memasang khemah. Ketua mereka menebang dua batang dahan, dan dengan ikhtiar merea sendiri, dapat juga mereka mendirikan khemah tersebut. Siap sahaja khemah, hari pon sudah lewat malam, masing-masing sudah penat dan letih. Mereka masuk tidur tetapi mereka tidur atas tanah. Nasib baik tanah itu kering. Mereka tidak tahu bahawa wap sejuk akan naik dari tanah. Sungguhpun demikian, banyak juga pelajaran yang dapat mereka perolehi. 
 
Pada malam itu semua budak-budak itu tidur, tetapi ketua mereka berjaga kerana dia tahu atas tanggongjawbnya. Tidak berapa lama kemudian, tiba-tiba kira-kira jam sepuluh malam, ketua mereka mendegar bunyian tapak kasut orang berjalan di luar khemah mereka. Ketua budak-budak itu duduk berdiam diri sehingga dia di suluh dengan lampu suluh. “Apa kau fikir kau orang buat ini, Huh?” terdegar suara yang garang. Budak-budak yang lain pun terkejut dari tidur. Alangkah teperanjatnya mereka apabila mereka dapati orang yang bersuara garang itu adalah seorang konstabel polis. Ketua kumpulan itu menjawab, “Kami Pengakap dan kami sedang berkhemah”. Tapi malangnya pada tahun 1908 tidak ramai konstabel-konstabel polis yang tahu ujudnya Pengakap dan Konstabel polis yang ini adalah salah seorang dari mereka yang tidak pernah dengar nama Pengakap. Konstabel polis tersebut pun berkata, “Baik engkau orang ikut aku pulang sebelum kamu semua di tangkap”. Mahu tak mahu, dengan sedihnya budak-budak itu pun mengemaskan peralatan mereka lalu ikut konstabel polis itu pulang. Budak-budak itu sangat hairan kerana mereka hanya berjalan tidak jauh sudah sampai ke tempat tinggal mereka. Oleh kerana mereka tidak ada peta maka mereka tidak tahu arah tempat sebenar yang mereka tuju pada hari itu. Mereka telah berjalan seharian suntuk tetapi sebenarnya mereka hanya mengeliling satu tempat sahaja. Padahal tempat yang mereka berkhemah tadi sebenarnya tidak jauh daripada rumah mereka.  
 
 
PERLUNYA PEMIMPIN PENGAKAP 
 
Cerita mengenai hal budak-budak Pengakap tadi tidak selesai begitu sahaja. Mereka tidak mudah menyerah kalah. Malam esoknya mereka berhimpun semula di tempat isi gandum itu dan ketuanya dengan tanpa berlegah lagi pun berkata, “Tengok buku Scouting For Boys ini. Aku sudah baca sekali lagi dan dalamnya ada fasal mengenai Pemimpin Pengakap. Aku fikir dialah orang yang kita perlukan sekarang. Kalau dia ada semalam, konstabel polis itu pasti tidak menggangu kita!” 
 
Itulah salah satu dari tugas-tugas seorang Pemimpin Pengakap dan itu lah satu dari sebab-sebab kenapa tiap-tiap troop memerlukan seorang Pemimpin Pengakap. Pemimpin Pengakap bertanggong jawab untuk menjaga Troop dan menguruskan aktiviti-aktiviti Pengakap supaya ianya tidak di ganggu orang. 
 
Saya mengingatkan kepada kamu semua bahawa Patrol yang di ceritakan diatas tadi adalah di tubuhkan oleh budak-budak itu sendiri dan mereka bergerak dengan sendirinya sehingga mereka sedar sendiri bahawa mereka berkehendakkan seorang dewasa untuk menjadi Pemimpin mereka. Mereka mencari Pemimpin mereka sendiri sehingga dapat. Troop tersebut berjalan hamper selama 50 tahun kerana dari awalnya ianya dibentuk dengan semangat yang tinggi dan berhati wajar. 
 
Sayang. Pada masa sekarang pula, bukan budak-budak yang menubuhkan Troopnya tetapi di mulai oleh Pemimpin Pengakap mereka. Ini kerana peraturan dan undang-undang sudah berubah. Itu lah salah satu sebab kenapa sesebuah Troop itu kurang cergasnya seperti yang kita jangkakan. Memang elok kalau boleh Ketua Patrol itu sudah berasa dan tahu akan tanggongjawabnya. Oleh yang demikian dia tidaklah mengharapkan sangat kepada Pemimpinnya kecuali jikalau terdapat sesuatu perkara yang dia sendiri kurang faham. Inilah satu cara yang elok di buat teladan jika kamu hendakkan Troop kamu itu bersemangat. Tiap-tiap Patrol dalam Troop kamu hendaklah bebas dan merdeka, iaitu boleh berjalan dengan sendirinya dengan tidak mengharapkan akan Troopnya. 
 
Troop Pengakap itu sepatutnya terdiridari satu kumpulan beberapa buah Patrol. Jika Patrol itu tugasnya hanya memuggut suratkhabar lama dan bermainsahaja, maka itu bukanlah boleh di panggil Patrol. Patrol harus mengadakan waktu untuk latihan untuk Troop kamu. Setiap Patrol hendaklah bertanding dan memberi persaingan antara satu dengan lain dan selepas kamu bercampur gaul dan belajar, kamu hendaklah mengamalkan ilmu-ilmu yang kamu pelajari supaya kamu dapat beberapa pengalaman pula. Malangnya kebanyakan Pengakap di Malaysia hanya menumpukan kepada Latihan Troop sahaja dan latihan Patrol jarang sekali di adakan. Saya harap Patrol kamu adalah lain daripada yang lain. Saya fikir lebih baik kamu adakan latihan patrol kamu sendiri setiap masa dan cuba menjalankan Patrol kamu itu tanpa meminta pertolongan daripada pemimpin Pengakap kamu kecuali jika terdapat perkara-perkara yang betul-betul susah. 
 
Tugas Pemimpin Pengakap adalah hanya memandu dan memberi nasihat. Tetapi kebanyakkan Ketua Patrol terlalu mengharapkan Pemimpin Pengakapnya membuat segala tugasnya dan Ketua Patrol hanya bergoyang kaki sahaja! 
 
ORGANISASI PATROL 
 
Untuk menjadikan Patrol Kamu sebagai sebuah Patrol yang berjaya bergantung kepada organisasinya dan mempunyai ahli yang baik untuk menjalankan tugas-tugas yang berkaitan. Patrol yang teratur boleh menyelesaikan tugas yang lebih banyak, lebih seronok dan akan bergerak jauh lebih maju. 
 
Tiga perkara asas yang melibatkan organisasi Patrol adalah siaz Patrol, Siapakah yang menjadi Ahli, dan Apakah tugas-tugas yang hendak di laksanakan. 
 
1. Saiz Patrol 
Apakah saiz sesebuah Patrol? Ianya bergantung kepada keadaan. Apabila kita berbincang tentang kaedah Patrol secara am, kita sering bercakap tentang lapan orang budak sebagai jumlah yang sesuai bagi sesebuah Patrol; Ketua Patrol, Penolong Ketua Patrol dan enam orang Pengakap. Jumlah ini tidak semestinya yang terbaik. Apa yang penting ialah sesebuah Patrol itu hendaklah menjadi kumpulan yang berkerjasama. Enam orang mungkin mencukupi untuk untuk Patrol anda. Walau bagaimanapun jika kamu perhatikan Troop-Troop lain, mungkin kamu dapati bahawa lebih banyak Patrol yang mengandongi enam orang dari lapan. Oleh yang demikian, agak mustahil untuk menetapkan angka jumlah ahli disini. 
 
Secara amnya jumlah yang terbaik adalah diantara enam ke lapan orang. Kurang dari enam akan membuat kumpulan payah untuk bersaing dengan Patro-Patrol yang lain dalam permainan dan projek dan juga di perkhemahan. Kumpulan yang melebihi lapan orang adalah terlalu besar. 
 
2. Siapakah yang menjadi ahli 
 
Apakah jenis budak yang menjadi ahli? Kamu perlu tahu apakah perkara yang boleh membuat mereka bertindak membuat Patrol itu menjadi efektif. Terdapa berbagai jenis budak-budak yang boleh di ketemui. Dalam kebanyakkan keadaan kamu akan dapati bahawa jika kamu ikut peraturan yang mudah berikut kamu pasti akan dapat megawasi ahli-ahli Patrol kamu dengan mudah setiap masa: 
a. Bersabar dan saling memahami 
b. Sentiasa memenuhi masa ahli dengan perkara-perkara yang mereka suka 
c. Pastikan mereka ada tanggongjawab untuk tugas-tugas tertentu dalam Patrol 
 
3. Apakah tugas-tuggas yang hendak dilaksanakan 
 
Apabila tiba masa untuk melaksanakan satu rancangan tugas-tugas didalam Patrol Kamu, janganlah terlalu gopoh. Kamu mungkin tidak perlu melaksanakan semua tugas diawal permulaan. Adalah lebih baik untuk menunggu dan membahagikan tugas kepada ahli-ahli selepas kamu sudah mengenali mereka sekurang nya sebualan atau lebih. Dalam jangka masa ini, kamu pasti akan tahu apakah kehebatan dan kebolehan mereka sebenar. 
 
Untuk mengujudkan rancangan asabagi organisasi kamu, kita ambil anggapan kamu ada lapan Pengakap didalam Patrol kamu. Jika jumlahnya kecil, cantumkan sahaja dua tugas dan berikan tugas itu pasa seorang ahli menjaganya atau masuhkan sahaja satu tugas itu. Berikut adalah cadangan saya: 
 
Ketua Patrol – itu tugas kamu 
 
Penolong Ketua Patrol – Dia adalah orang kanan kamu dan dia tahu segala apa yang kamu tahu mengenai Patrol kamu dan mengambil alih kepimpinan dalam masa ketiadaan kamu. 
 
Bendahari – dia mengutip yuran dan menyimpan akaun Patrol. 
 
Setiausaha/Pencatit – dia mengaja Buku-Buku lapuran dan Log Patrol. 
 
Kuatermaster – dia menjaga peralatan Patrol 
 
Juru kembara – dia mengaturkan pengembaraan dan perkhemahan 
 
Juru Masak – mengaturkan menu-menu dan membeli makanan 
 
Pembantu Pertolongan Cemas – menjaga peralatan pertolongan cemas dan menguruskan semua hal-hal pertolongan cemas semasa pengembaraan dan perkhemahan. 
 
Satu perkara yang harus ingat ialah dalam mengatukan sesebuah Patrol supaya setiap ahli mempunyai peluang untuk menjalankan tugas kepimpinan dalam kumpulan tersebut. Apabila setiap orang boleh membuat kerja dengan ceria dan berkesan, kamu telah membuktikan bahawa kamu adalah seorang pemimpin and Patrol kamu mempunyai sikap setiakawan yang baik. 
 
PERANAN SEBAGAI KETUA PATROL 
 
Sebagai seorang Ketua Patrol, kamu hendaklah selalu berikhtiar sendiri. Setiap tugas kenajikan dan cara melaksanakannya hendaklah datang dari kamu sendiri. Kamu sendiri merekakan nya dan kamu sendiri melaksanakannya. Cuma satu perkara yang perlu di jaga sebelum melaksanakan tugas rekaan kamu itu. Tanya diri sendiri adakah tugas yang hendak dilaksanakan itu melanggar undang-undang Pengakap? Jika tidak maka teruskanlah tugas itu. 
 
Kamu dipilih sebagai Ketua patrol kerana dua sebab: 
 
Pertama, supaya kita dapat menolong kamu untuk memimpin pengakap lain. Ini adalah peluang yang besar bagi kamu supaya dapat belajar cara-cara hendak menjadi pemimpinyang kanan. Mula-mula kita tidak akan jangkakan kamu boleh jadi pemimpin yang handal dengan serta merta.Tetapi kita harap kamu akan beransur-ansur boleh belajar cara-cara hendak memimpin. Saya jangka sebelum menjadi Ketua, kamu sudah jadi ahli biasa dalam Patrol kamu, dan kamu sudah mempelajari bagaimana hendak menurut dan mengikut Ketua kamu. Seorang Ketua itu tidak akan dapat memimpin jika dirinya tidak pernah dipimpin orang. 
 
Kedua, Pemimpin Pengakap kamu dan Ketua petrol yang lain percaya bahawa Patrol kamu mahu menurut kamu. 
 
Saya ingin mengingatkan kamu, sebagai seorang Ketua Patrol, kamu hendaklah memastikan bahawa setiap Pengakap yang dibawah jagaan kamu sentiasa mengamalkan setiap ilmu Pengakap yang dipelajari mereka terutama sekali tentang Undang-Undang dan Persetiaan Pengakap. Janganlah hanya Pengakap-Pengakap itu mengamalkan ilmu Pengakap hanya semasa di latihan, di sekolah, atau apabila memakai uniform sahaja. Hanya ada stu cara sahaja yang boleh membuat Pengakap-Pengakap lain mengikut kamu; iaitu dengan menunjukkan teladan kamu. Kamu mesti jaga baik-baik akan semua tingkah laku kamu, sebabsemuanya akan diperhatikan olih Pengakap-Pengakap lain dan di tiru.  
 
Ingat, jika kamu sudah dipilih sebagai seorang Ketua Patrol, ini tidak bermakna kamu menjadi Ketua Patrol hanya semasa latihan atau waktu berkumpul dengan Patrol kamu sahaja; tetapi kamu menjadi Ketua setiap masa. Sepatutnya apabila kamu di pilih, satu istiadat perlantikan dan penerimaan jawatan hendaklah diadakan untuk kamu. Dalam upacara itu, kamu hendaklah bukan sahaja perlu mengakui balik Persetian kamu bahkan juga menambah sedikit janji kamu dengan kata-kata seperti ini: “Saya berjanji akan mementingkan Patrol saya lebih daripada diri saya dan saya akan mendahulukan Troop daripada Patrol saya”. 
 
“Saya berjanji akan mementingkan Patrol saya lebih daripada diri saya” adalah satu janji yang menunjukkan kemulian seseorang Ketua. Ada beberapa contoh Ketua atau Pemimpin yang ternama dalam dunia ini yang selalu menafikan dirinya dan sedia mengorbankan nyawanya bagi kepentingan orang-orang di bawah jagaannya. Jikalau kamu masih lagi menjadi Pengakap ini sudah menjadi resmi kamu bersedia berkorban kerana kebajikan orang yang dibawah kamu. Suatu hari nanti apabila menjadi kamu sudah besar, jika kamu menjadi seorang penganjur atau Pemimpin semua orang akan memuliakan kamu. Adalah baik jika kita didik semangat berkorban itu dari sekarang. 
 
Terdapat dua jenis Ketua Patrol yang hampas belaka: 
 
Pertama, Ketua Patrolyang suka cakap besar atau mengaku bahawa dirinya lah yang pandai. Ketua Patrol macam ini selalu hendakkan nama sahaja tetapi tidak tahan di bidas oleh orang lain. Ketua jenis ini tidak berguna sedikit pun. 
 
Kedua, yang suka “bully” atau mengugut-ugut budak-budak yang kecil atau lemah darinya. Selalunya Ketua Patrol ini adalah Pengakap yang tertua sekali dalam Patrolnya dan mempunyai badan yang lebih besar daripada yang lain. Bagi mereka ini hanya ada satu jalan sahaja untuk mengawal Patrolnya iaitu dengan mengugut budak-budak yang di bawahnya. Ya, memang betul bahawa tiap-tiap Patrol mesti menurut kata dan jangan ada yang “kurang ajar”. Tetapi menurut kata itu mestilah datang dari diri sendiri – bukannya dengan mengugut. Kalau sudah di ugut, itu adalah memaksa seseorang itu menurut kata kita. Tiap tiap yang dipaksa tidak akan kekal. Lagi pun kalau sudah memulai mengugut akhirnya nanti budak-budak di bawah kamu itu akan melawan kamu balik dan mereka tidak akan hormat kepada kamu sampai bila bila pun.  
 
Ketua yang suka cakap besar dan mengugut ini adalah di pandang rendah sekali dan jangan lah di amalkan. 
 
BP berpesan: 
 
“Tiap-Tiap Pengakap hendaklah mengharapkan Ketua-Ketuanya membuat tugas yang patut dibuat dan harapan kamu itu akan dimakbulkan. Tetapi jangan sekali-kali kamu memanja-manjakan Ketua Patrol kamu itu: Sesuatu kerja pun tidak akan jadi sempurna”.  
 
Kamu sebagai Ketua hendaklah memahami akan tanggongjawab kamu dan sentiasa bersedia memikul segala bebanan dan gunakanlah permikiran kamu sendiri bagi mengerjakan tugas kamu itu. Kepada Patrol kamu, kamu mesti memberi mereka latihan yang cukup dan sentiasa mendapatkan harapan, panduan dan pertolongan dari Pemimpin Pengakap kamu. 
 
 
PATROL DAN MAJLIS KETUA PATROL  
 
Dalam buku “Scouting for Boys” BP telah menulis perkara berikut mengenai dengan Sistem Berpatrol: 
 
“Majlis Ketua Patrol itu terdiri dari Pemimpin Pengakap dan Ketua-Ketua Patrol, atau jika Troop itu kecil, hanya ketua-Ketua Patrol dan Penolong-Penolong mereka. Dalam Majlis itu Pemimpin Pengakap hanya hadir sahaja tetapi tidak boleh membuang undi. 
 
Tugas Majlis itu adalah membuat penepatan untuk memberi hadiah, memberi denda akan kesalahan, membuat rancangan tugas dan lain-lain lagi yang bersangkutan dengan pentabiran Troop. Ahli-ahli Majlis tersebut hendaklah berjanji merahsiakan keputusan-keputusan Majlis itu kecuali keputusan mengenai Troop keseluruhannya seperti perlantikkan jawatan, pertandingan dan sebagainya yang boleh di umumkan.” 
 
 
PATROL DAN SUDUT PATROL  
 
Sudut Patrol ialah tempat Patrol berkumpul dalam Latihan Patrol dan juga tempat Patrol meyimpan peralatannya. Kadang-kadang semasa berlatih, Pemimpin Pengakap akan meyuruh ahli-ahli balik ke sudut masing-masing. Waktu di sudut Patrol ahli-ahli Patrol akan belajar mengikat tali, menghantar isyarat, pertolongan cemas dan juga melepak dan berbual-bual. 
 
Bagaimana pula rupa Sudut Patrol yang elok? Pasukan Kamu seharusnya ada bilik sendiri yang besar dan dalam bilik ini ada sekatan-sekatan untuk tiap-tiap Patrol. Sekatan inilah di namakan Sudut Patrol. Tiap-tiap Sudut Patrol hendaklah ada tanda Patrol seperti contoh yang di perbuat daripada kayu atau pun gambar atau lukisan. Tanda Patrol ini hendaklah di letakkan pada sautu tempat yang jelas dan boleh menjadi perangsang kepada Patrol. Di Sudut ini juga, kamu hendaklah adakan rajah menunjukan kemajuan Patrol kamu supal kamu ituya dapat tahu perkembangan Patrol kamu. Kamu juga boleh adakan rekod yang menunjukkan sejarah Patrol kamu. Dalam buku sejarah itu masukan berita Pengakap-Pengakap tua Patrol itu yang pernah menjadi Pengakap Remaja atau kelana atau sudah berkhidmat dalam Angkatan Tentera. 
 
Kamu juga memerlukan sebuah papan kenyataan tempat kamu lekatkan notis-notis dan juga berita-berita Pengakap. Kamu juga boleh hiaskan dengan kotak pertolongan cemas, alatan mainan dan lain-lain keperluan. Kamu boleh kepongkan Sudut kamu dengan langsir. 
 
 
PATROL SEMASA LATIHAN TROOP 
 
Semasa istiadat seseorang Ketua Patrol itu dilantik dan menerima bendera Patrol dan lencana Ketua Patrol, dia akan berjanji seperti berikut: 
 
“Saya berjanji akan memetingkan Patrol saya daripada diri saya dan akan mengutamakan Troop saya daripada Patrol saya.” 
 
Janji ini ringkas bunyinya tetapi adalah menuju kepada yang betul dan berfaedah. Kamu mesti mengikut janji janji ini samaada kamu membuatnya atau tidak. Terdapat Ketua-Ketua Patrol membuat kedudukannya semata-mata untuk mendapat nama sahaja. Jika ini yang di laku kan maka dia bukanlah seorang Ketua Patrol yang sebenarnya. Mereka yang sebegini tidak sedar bahawa kewajipan utama seorang Ketua Patrol adalah menunjukkan teladan untuk di ikut oleh ahli-ahli di bawahnya dan dengan masa yang sama memimpin mereka kejalan yang betul. Sebelum seseorang itu memegang jawatan sebagai Ketua Patrol, dia hendaklah mempunyai akal dan sikap yang sempurna. Jika tidak dia tidak akan tahu membezakan yang mana diri sendiri, yang mana Patrol dan yang mana Troop. 
 
Kamu mesti menjaga kedudukan kamu sebagai Ketua Patrol. Jangan cuba melanggar tradisi Troop kamu. Kamu mesti tahu akan sejarah dan tradisi Troop kamu. Jika kamu baca tulisan saya ini akan faham maksud saya kenapa tradisi dan sejarah Troop dan patrol mesti di kekalkan. Corak lama dan adat ini adalah satu perkara yang menarik. Ianya adalah satu tempat kamu membuat rujukan. 
 
Oleh yang demikian sebagai Ketua Patrol kamu mesti memelihara corak-corak lama Troop kamu dan memelihara kehormatannya juga. Ini bermakna kamu mesti melatih dan mengerakkan ahli-ahli supaya berkerja kuat untuk menentukan darjah dan taraf Troop kamu sentiasa berada yang tertinggi. Tetapi jika Troop kamu sudah baik dalam sesuatu perkara, jangan pula kamu ternanti-nanti untuk menambah corak yang baru kepada Troop kamu. 
 
Kamu mesti memandang agar Patrol kamu sebagai satu bahagian yang penting dalan Latihan Troop dan Pemimpin Pengakap kamu pula patut memandang bahawa Latihan Troop itu sebgai satu kumpulan diantara beberapa Patrol yang bersendirian. Oleh kerana itu, apabila hendak membuat sesuatu rancangan, pastikan bahawa setiap Patrol itu tidak berbelah bagi. Dari Latihan Troop, kita boleh lihat samaada sesuatu Patrol itu boleh berkerja sama dalam kumpulan atau jenis yang suka bercerai-berai. Saya akan menceritakan tentang setia kawan Patrol dalam Troop ini didalam penulisan saying yang lain. 
 
KESIMPULAN MENGENAI SISTEM BERPATROL 
 
Adalah mustahak bagi Pemimpin Pengakap kamu megetahui faedah luar biasa yang boleh diperolihi daripada Sistem Berpatrol. Ini lah jaminan yang baik sekali untuk kekuatan dan kejayaan yang tetap bagi Troop itu. Ia meringankan beban Pemimpin Pengakap kamu. 
 
Tetapi yang pertama dan paling mustahak sekali adalah: Patrol itu ialah sekolah tempat melatih perangai seseorang. Ketua Patrol akan memberi latihan tentang tanggongjawab dan sifat-sifat kepimpinan. Setiap ahli Pengakap akan berusaha menghilangkan perangai mementingkan diri sendiri dari menolong orang lain. Mereka harus di ajar cara-cara mengawal diri sendiri dan berkerjasama berkawan-kawan dalam satu kumpulan. 
 
Untuk mendapatkan hasil yang baik dari Sistem ini, setia ketua Patrol mesti bertanggongjawab dan bebas. Inilah cara membina perangai yang baik. Kemajuan yang baik akan dapat di lihat didalam Troop di mana kuasa dan tanggongjawab diserahkan sebenar-benarnya kepada Ketua Patrol. Ini lah rahsia kejayaan dalam Latihan Pengakap.

 

Oleh Maj Mior Rosli

PN PPMWPKL

 
Risk Management PDF Print E-mail
Written by Administrator   
AddThis Social Bookmark Button

Pengenalan kepada pengurusan risiko dalam pengakapan

 


Sinopsis 

  1. Memperkenalkan kepada pemimpin pengakap mengenai prinsip-prinsip pengurusan risiko di dalam kegiatan kepengakapan untuk memenuhi dan menyediakan keperluan aspirasi ahli-ahli pengakap keseluruhannya. Pemimpin-pemimpin pengakap akan dapat mengenai pasti risiko dan jenis-jenisnya. Pemimpin-pemimpin juga akan mempelajari strategi-strategi untuk mengurangkan risiko dalam aktiviti kepengakapan.

 

  1. Memperkenalkan kepada para pemimpin pengakap mengenai prinsip-perinsip pengurusan keselamatan di dalam amalan aktiviti kepengakapan. Pemimpin pengakap akan di dedahkankepada teori kemalangan dan bagaimana kemalangan boleh berlaku. Pemimpin juga akan di ajar bagaimana tindakan susulan harus di buat selepas sesuatu kemalangan dan insiden berlaku. Pemimpin juga akan di ajar bagaimana sesuatu tahap keselamatan itu hendak di kaji semula.

 

  1. Memperkenalkan kepada pemimpin pengakap mengenai prinsip-prinsip pengurusan kecemasan dan krisis di dalam amalan aktiviti kepengakapan. Pemimpin pengakap akan di ajar bagaimana untuk mengatasi sesuatu keadaan kecemasan dan krisis dan prosidur-prosidur untuk mengatasinya. Pemimpin juga akan  akan di dedahkan kepada jenis-jenis keadaan kecemasan dan krisis.

 

  1. Mengenal pasti kelulusan dan kemahiran yang perlu ada kepada setiap Pemimpin pengakap. Memahami apakah keperluan untuk kemahiran seperti “hard skills”, “soft skills”, dan “meta skills”. Pemimpin juga akan didedahkan mengenai nisbah jurulatih dan pelatih, kemahiran keselamatan yang perlu ada pada setiap pemimpin pengakap dan jurulatih, dan bagaimana hendak memilih jurulatih yang berkualiti.

 

  1. Memahami tentang kemahiran keselamatan dalam sukan dan rekreasi. Pemimpin akan di perkenalkan tentang pembangunan protocol program. Pemimpin akan di ajar cara-cara menyediakan panduan kemahiran bagi keselamatan am. Alam sekitar, aktiviti teknikal darat, air dan yang lain-lain.

 

  1. Mengenal pasti tentang ganguan seksual dalam kepengakapan. Pemimpin akan di ajar mengenai program-program dan pendidikan mengelakan ganguan seksual.

 

  1. Memahami cara-cara mengujudkan akreditasi dan piawaian. Pemimpin akan diajar mengenai tujuan dan kandungan sesuatu akreditasi dan piawaian dan cara ianya di uruskan.

 

  1. Memberi pendedahan asas dalam hal-hal perundangan yang bersakutan dengan pengurusan aktiviti kepengakapan.

 

Tajuk-tajuk mata pelajaran yang di cadangkan 

  1. Pengenalan kepada maksud istilah-istilah yang akan di gunakan

 

  1. Pengenalan kepada PENGURUSAN RISIKO DALAM PENGAKAPAN

  1. Pentingnya pengurusan risiko dalam setiap aktiviti kepengakapan

 

  1. Perlaksanaan strategi-strategi pengurusan risiko

 

  1. Kenapa perlu mengurus risiko dalam aktiviti outdoor.

 

  1. Perjudian di persekitaran outdoor.

 

  1. Tip of the iceberg

 

  1. Prinsip-prinsip pengurusan risiko

 

  1. Pengenalan

 

  1. Mengenalpasti Risiko

 

  1. Jenis-jenis Risiko

 

  1. Kotak persamaan dan tidak persamaan

 

  1. Penilaian Risiko

 

  1. Proses membuat keputusan terhadap risiko

 

  1. Strategi-strategi mengurangkan risiko

 

  1. Langkah-langkah proses pengurusan risiko

 

  1. Plan pengurusan risiko

 
 
 

  1. prinsip-prinsip pengurusan keselamatan dalam pengakapan

 

  1. Pendahuluan

 

  1. Penapisan peserta untuk aktiviti

 

  1. Pendidikan keselamatan

 

  1. Keselamatan Lokasi

 

  1. Keselamatan Peralatan

 

  1. Keselamatan cuaca

 

  1. Menyimpan rekod-rekod keselamatan

 

  1. Dasar, prosidur dan garis panduan keselamatan

 

  1. Konsep utama keselamatan

 

  1. Format bagi sesuatu manual keselamatan

 

  1. Mengoperasikan sesuatu program

 

  1. Pemeriksaan kaji semula keselamatan

 

  1. Punca kemalangan

 

  1. Kajidaya tentang formula kemalangan

 

  1. Perancangan sebelum mengerakan pengakap ke kawasan aktiviti

 

  1. Cara mengelakkan Kemalangan

 

  1. Pelan tindakan aktiviti outdoor

 
 

  1.   prinsip-prinsip pengurusan kecemasan dan krisis

 

  1. Pengenalan

 

  1. Jenis- jenis kecemasan dan krisis

 
 

  1. Organisasi and peranan dalan kecemasan dan krisis

 

  1. Penguruan menghadapi pihak media

 
 

                                                         

  1. Perundangan

 

  1. Ganguan Seksual

 

  1. Undang-undang kecuaian

 

  1. Undang-undang Kontrak

 

  1. Undang-undang insuran

 

  1. Dokumen-dokumen perundangan dalam aktiviti pengakapan

 
Visi PPMWPKL 2010-2013 PDF Print E-mail
Written by Administrator   
AddThis Social Bookmark Button

Visi, Misi dan Strategi PPMWPKL



Bagi Tahun 2010-2013

VISI

" PPMWPKL akan menjadikan Pergerakkan Pengakap  sebagai wadah pilihan utama dan penyelesai terbaik bagi masalah-masalah Anak-Anak Muda, Remaja dan Belia yang terdiri dari berbagai kaum di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seterusnya akan membangunkan mereka menjadi rakyat yang berguna kepada diri mereka sendiri,keluarga mereka, masyarakat dan Negara".

MISI

   1. Mempengakapkan anak-anakMuda-Remaja dan Belia. PPM WPKL akan berusaha menyakinkan anak-anak muda- remaja dan belia  termasuk Ibubapa mereka, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan, Kementerian hal ehwal Wanita dan kemasyarakatan, dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menceburkan diri secara sukarela untuk bergerak bersama dan seiring di dalam dan seiring dengan Persekutuan Pengakap Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPMWPKL). Walau bagimanapun ini tidak bererti bahwa seluruh anak-anak muda, remaja dan belia di Kuala Lumpur akan di Pengakapkan tetapi akan hanya mempelawa mereka yang menpunyai atau yang ingin mempunyai jiwa dan prilaku yang sesuai dengan cara hidup pengakap berdasarkan persetiaan dan Undang-Undang Pengakap yang di gariskan di dalam Akta pengakap 1968 dan POR PPM. Dalam jangka dua tahun ini, PPMWPKL akan berusaha mendaftakan sekurang-kurangnya 30 ribu Pengakap Kanak-Kanak, Muda dan Remaja dan 15 ribu Pengakap Kelana dan Kelana Kanan.

 

    2. Membina anak-anak muda-remaja dan belia supaya mempunyai jiwa dan watak Pengakap, berlandaskan iman dan taqwa (bagi yang berugama Islam), mematuhi ajaran Ugama masing-masing (bagi yang bukan Islam) serta selalu mengikuti perkembangan ilmu pengetahuan kepengakapan yang betul dengan mengunakan teknologi dan kaedah terkini. Semua  program –program dan latihan kepengakapan yang dilaksanakan hendaklah dilandaskan keimanan dan ketaqwaan. Kaedah Kepengakapan PPM WPKL akan sentiasa dibanggunkan dan di kembangkan supaya anak-anak muda, remaja dan belia di Kuala Lumpur dapat  mengikuti perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi yang terkini yang sesuai dengan kehidupan dan keperluan semasa. PPMWPKL juga akan berusaha melatih dan mengeluarkan Pengakap Raja yang berkualiti, iaitu 100 remaja bagi tahun 2010, 15,000 remaja  bagi tahun 2010, 20,000 remaja bagi setiap tahun 2011, 2012 dan 2013.

 

    3. Membentuk anak-anak muda-remaja dan belia di Kuala Lumpur supaya menjadi satu  bangsa yang berpatriotik, beriman, bertakwa dan  mempunyai jiwa yang sanggup membela kedaulatan Raja-Raja yang Memerintah, Negara dan keseluruhan rakyat yang memerlukan perkhidmatan masyarakat dengan penuh sukarela tanpa mengharapkan sebarang balasan kebendaan. Untuk melaksanakan tugas ini, PPM WPKL akan menyediakan keahlian yang teramai dan akan menjalankan latihan-latihan dan program-program yang mampu mengerakkan Persekutuan Pengakap di Kuala Lumpur ini menjadi kumpulan yang mahir dan separa mahir yang boleh di harapkan di dalam perbagai bidang perkhidmatan dan kemahiran dan boleh di percayai oleh Rakyat dan juga Kerajaan. Kemahiran Kepengakapan ini akan meliputi bidang biasa di darat, perairan dan juga udara.

 

    4. Menggerakkan ahli-ahli Pengakap agar menjadi orang yang penyayang dan berguna kepada Masyarakat dan bersedia menolong orang setiap masa dan juga perihatin terhadap masalah-masalah kemasyarakatan. PPM WPKL juga akan mengerakan ahli-ahli yang supaya akan menjadi orang yang penyayang kepada haiwan dan juga perihati kepada alam sekitar. PPM WPKL akan memantapkan jati diri setiap ahlinya berdasarkan persetiaan Pengakap, Undang-Undang Pengakap dan juga Rukun Negara demi mempamerkan kehormatannya dan sekaligus dapat pencerminan seorang Pengakap yang tanggap terhadap permasalahan pada ruang lingkup persekitarannya.

 

   5. Menjadikan Pengakap suatu tempat beriadah dan besukaria yang mempunyai tujuan bagi setiap anak-anak muda, remaja dan belia. Setiap aktiviti Pengakap adalah akan dilakukan dengan secara sukarela dan riang ria. Setiap riadah yang di jalankan akan mempunyai tujuan dan motif pembanggunan watak setiap ahli Pengakap. Usaha akan di laksanakan supaya setiap pengakap akan merasakan setiap Pengakap yang lain adalah bersaudara. PPMWPKL akan menentukan bahawa setiap anak-anak muda, remaja dan belia dari berbagai kaum dan ugama akan bersatu dan bersetia demi bangsa dan Negara. PPMWPKL akan mengadakan perkhemahan-perkhemahan muhibah  setiap musim cuti panjang dan akan menjadi tuan rumah bagi Jambori antarabangsa yang terbaik di dunia sepena menyambut ulang tahun kepengakapan ke 100 tahun di Kuala Lumpur pada tahun 2010. Dengan ini ahli-ahli Pengakap bukan sahaja akan dapat bersahabat dan bertukar budaya sesama rakyat Malaysia tetapi berpeluang mendapat menyambung silatulrahim mereka ke seluruh dunia di usia yang muda.

 


   6. Mempelawa dan melatih lebih ramai pengakap dewasa dan mereka yang berminat kerja-kerja pembangunan anak-anak muda, remaja dan belia untuk tampil kehadapan secara sukarela untuk menjadi persuruhjaya, jurulatih, kaunselor, dan pemimpin bagi anak-anak muda, remaja dan belia ini supaya mereka boleh bergerak ke landasan yang sepatutnya. Orang-orang dewasaini akan di beri latihan kepimpinan kepengakapan dan dengan masa yang sama akan di latih khas dalam bidang-bidang psikologi dan kaunseling pendidikan luar bilik darjah, pendidikan melalalui pengalaman, pengurusan risiko, aspek-aspek perundangan dalam aktiviti rekreasi dan latihan luar rumah dan berbagai lagi sehingga mereka menjadi tenaga yang mahir dan juga menjadi pengakap dewasa.

 



STRATEGI


   1. Meningkatkan Minat Berpengakap. PPMWPKL akan memperbagaikan aktiviti pengakap dan akan memgedarkan risalah, poster danjuga bulitin supaya pengakap ini lebih mudah dipahami dan sekaligus diminati oleh semua kaum muda, remaja dan belia untuk dapat ikut bergiat didalamnya dan sekaligus dapat menjawab tentangan dan permasalahan yang dihadapi secara dalaman dan luaran PPMWPKL. Untuk menambahkan jumlah ahli yang berkualiti dan berwatak yang di perlukan, selain dari penyebaran maklumat, PPMWPKL akan mengerakkan strategi pengambilan melalui rakan-rakan di mana setiap Pengakap akan menjemput sekurang-kurangnya seorang rakan yang mempunyai pontensi watak yang baik untuk menyertai pengakap setiap sebulan. Selain dari Pengakap berasas kan sekolah, PPMWPKL akan mula membuka kumpulan terbuka pengakap di kawasan perumahan, kelab-kelab sukan, persatuan-persatuan belia dan sebagainya supaya system berpatrol dari kalangan masyarakat setempat boleh bergerak dengan lebih effektif.

 

   2. Mengembangkan kegiatan Kepengakapan yang sesuai dengan trend dan minat kaum muda masa kini. Sistem Berpatrol akan di perkenalkan semula di mana kebebasan ahli-ahli memilih kegiatan yang di minati dan di pempin oleh kalagan sebaya sesama Pengakap. Kepengakapan adalah  pada hakikatnya adalah kegiatan utuk kaum muda dan mereka harus di beri peluang untuk memilih apa yang mereka minat, dan sekaligus sebagai motivasi bagi ahli Pengakap untuk mengisi jatidiri dan selanjutnya dikembangkan melalui program Pengakap selagi ianya tidak bercangah dengan skima-skima Pengakap yang ada. Setiap Aktiviti yang di lakukan mempunyai batas-batas moral dan keagamaan. Setiap aktiviti hendaklah bersepadu dengan tanggungjawab kepada tuhan.


 
   3. Mengembangkan program Pengakap Prihatin, Penyayang dan Patrotik. Program Pengakap perihatin,Penyayang dan Patrotik adalah untuk menciptakan rakyat yang memiliki watak dan jiwa patriotisme, memiliki integriti, moral dan ketrampilan sebagai rakyat yang berguna,penyayang kepada sesama manusia, Binatang dan juga Alam Sekitar.

 

   4. Memantapkan organisasi, kepemimpinan dan sumberdaya Pengakap. Untuk meningkatkan peranan dan fungsi organisasi secara struktural diperlukan adanya konsolidasi yang baik dan teratur dan mendapatkan penyegaran organisasi sehingga dengan sendirinya akan berpengaruh pada kepemimpinan dan kesiapan sumber daya Pengakap. PPMWPKL akan megubah nasib setiap pengakap tidak kira umur dan bangsa melalui perniagaan supaya dapat mencapai objektif kepengakapan tanpa meminta-minta.

 

   5. PPMWPKL akan mengujudkan kegiatan dan aktiviti yang terkini dan menarik minat orang-orang muda untuk menyertainya. Aktiviti yang lebih mencabar seperti, menunggang kuda, Payung Terjun, Penerbangan, Kapal Layar, Menyelam dan lain-lain akan di ujudkan. Membanyakkan aktiviti bercorak antarabangsa supaya ahli-ahli pengakap dapat berinteraksi di luar kotak budaya yang ada dan dapat menilai kelemahan dan kehebatan diri apabila dapat peluang bergaul dengan pengakap dari Negara luar di tanah air sendiri.

 

   6. Mengujudkan Pemimpin Pengakap yang bertaraf dunia. Selain dari latihan manik Kayu mengikut skima PPM, PPMWPKL and mendedahkan semua pemimpinnya corak pepimpinan yang mampu mengubah watak ahli-ahli Pengakap seperti mana yang di cita-citakan oleh Negara. Pemimpin-pemimpin pengakap akan di latih tentang psikologi melatih orang muda melalui konsep adventure therapy, experiential education, experiential learning, perundangan dan Latihan Pengurusan kepimpinan, Pengurusan  Risiko, Pengurusan  keselamatan dan Pengurusan Krisis.

 

Last Updated on Wednesday, 27 January 2010 00:24
 
Page 1 of 2
AddThis Social Bookmark Button